Inisiatif Jalur dan Jalan
Inisiatif Jalur dan Jalan

Inisiatif Jalur dan Jalan

Inisiatif Jalur dan Jalan, atau Inisiatif Jalur dan Laluan (bahasa Inggeris: Belt and Road Initiativecode: en is deprecated , singkatan: BRI atau B&R[1]), atau dikenali di negara China sebagai Sejalur Sejalan (Bahasa Cina: 一带一路code: zh is deprecated ; pinyin: Yīdài Yīlù) atau One Belt One Roadcode: en is deprecated (OBOR / 1B1R),[2] merupakan strategi pembangunan infrastruktur global yang diguna pakai oleh kerajaan China pada 2013 untuk melabur di lebih 150 negara dan organisasi antarabangsa.[3] Ia dianggap sebagai mercu dasar luar pemimpin China Xi Jinping.[4] BRI merupakan komponen utama "Diplomasi Negara Besar" Xi (Cina: 大国外交) yang mendorong negara China untuk mengambil alih peranan kepimpinan yang lebih besar untuk hal ehwal global selaras dengan peningkatan kuasa dan statusnya.[5] Malah, ia telah diibaratkan dengan Rancangan Marshall Amerika. Setakat Ogos 2023[kemas kini], 155 buah negara telah disenaraikan sebagai telah mendaftar dengan BRI.[6] Negara-negara yang mengambil bahagian membentuk hampir 75% daripada penduduk dunia dan menyumbang lebih separuh daripada KDNK seluruh dunia.[7] Xi mula-mula mengumumkan strategi ini sebagai Jalur Ekonomi Laluan Sutera semasa lawatan rasmi ke Kazakhstan pada September 2013.[8][9][10] "Jalur" bererti Jalur Ekonomi Laluan Sutera, iaitu cadangan laluan darat untuk pengangkutan jalan raya dan kereta api melalui negara-negara Asia Tengah yang dilingkungi daratan di sepanjang laluan perdagangan bersejarah yang terkenal di Wilayah Barat; manakala "Jalan" pula bererti Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21, iaitu laluan laut Indo-Pasifik melalui Asia Tenggara ke Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika. [11] Contoh pelaburan infrastruktur Inisiatif Jalur dan Jalan termasuk pelabuhan, bangunan pencakar langit, jalan kereta api, jalan raya, jambatan, lapangan terbang, empangan, stesen janakuasa arang batu, dan terowong kereta api.Inisiatif ini telah diterapkan ke dalam Perlembagaan Parti Komunis China pada 2017. [4] Pentadbiran Xi Jinping menyifatkan inisiatif itu sebagai "satu usaha untuk meningkatkan ketersambungan serantau dan menerima masa depan yang lebih cerah."[12] Projek ini mempunyai sasaran tarikh siap pada 2049[13] yang akan bertepatan dengan ulang tahun keseratus penubuhan Republik Rakyat China (RRC).Banyak kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia telah menganggarkan bahawa BRI boleh meningkatkan aliran perdagangan di 155 negara peserta sebanyak 4.1 peratus, serta mengurangkan kos perdagangan global sebanyak 1.1 peratus kepada 2.2 peratus, dan meningkatkan KDNK negara membangun Asia Timur dan Pasifik dengan purata 2.6 hingga 3.9 peratus.[14][15] Menurut konsultan Centre for Economics and Business Research [en] (CEBR) yang bertapak di London, BRI berkemungkinan akan meningkatkan KDNK dunia sebanyak $7.1 trilion setahun menjelang 2040, malah faedah itu akan tersebar luas kerana infrastruktur yang dipertingkatkan mengurangkan rintangan ke atas perdagangan sedunia. CEBR juga menyimpulkan bahawa projek itu berkemungkinan akan menarik penyertaan dari lebih banyak negara seandainya inisiatif infrastruktur global terus berkembang pesat.[16][17][18]BRI menerima pujian atas potensinya untuk meningkatkan KDNK global, terutamanya di negara membangun. Walau bagaimanapun, ia juga menerima kritikan atas sebab-sebab pencabulan hak asasi manusia dan kesan alam sekitar, serta kebimbangan "diplomasi perangkap hutang" yang mengakibatkan neokolonialisme dan imperialisme ekonomi. Perspektif yang berbeza ini telah menjadi topik perdebatan hangat.[19]

Inisiatif Jalur dan Jalan

Jenis/bentuk sah Strategi, political initiative 
Lokasi
  • China 
Laman sesawang www.yidaiyilu.gov.cn 
Kependekan BRI 

Rujukan

WikiPedia: Inisiatif Jalur dan Jalan https://web.archive.org/web/20190511191431/http://... http://www.ndrc.gov.cn/gzdt/201509/t20150921_75169... http://www.xinhuanet.com/politics/2019-08/18/c_112... https://web.archive.org/web/20190821145507/http://... http://www.worldbank.org/en/topic/regional-integra... https://web.archive.org/web/20190219015644/http://... https://web.archive.org/web/20201219175603/https:/... https://www.worldcat.org/issn/0013-0613 https://www.economist.com/china/2020/06/04/the-pan... https://academic.oup.com/fpa/article-abstract/17/2...